Mari kita renung-renungkan data terkini cara anak murid SKPBB datang ke sekolah 2013
- Majoriti (Kebanyakan) murid datang ke sekolah dengan kenderaan bermotor , iaitu kereta dan motosikal. Ini menunjukkan kawasan depan sekolah kita akan sentiasa sesak dengan kenderaan bermotor. Murid-murid dan ibubapa , termasuk kaki tangan sekolah hendaklah mematuhi peraturan lalu-lintas dan kaedah turun-naik penumpang semasa datang dan balik sekolah.
- Berbasikal dan berjalan kaki menjadi sesuatu yang kurang popular di kalangan murid-murid; sememangnya berjalan kaki dan berbasikal baik untuk kesihatan. Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid digalakkan meletakkan kereta di tempat yang lebih jauh dari sekolah dan berjalan kaki bersama-sama, sekiranya masa dan cuaca mengizinkan. Tetapi, amat sedih sekali, beg murid yang bertan-tan beratnya mungkin menghindarkan anak murid daripada aktiviti berjalan kaki ini, di samping kenderaan yang banyak di jalan raya. What to do ! What to do !What to do !What to do !What to do !
No comments:
Post a Comment