SK PUSAT BUKIT BESAR
TEL : 09-6221127
21100 Kuala Terengganu
POLISI
PERGI DAN BALIK SEKOLAH
1.PENDAHULUAN
1.1 Kemalangan tidak berbau. Kes kemalangan murid-murid semasa pergi dan balik sekolah sering berlaku dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, perhatian perlu diberikan kepada aspek ini. Kerjasama dan komunikasi antara ibu bapa dan pihak sekolah amat penting untuk menjamin keselamatan anak-anak murid.
2. RASIONAL
2.1Risiko kemalangan semasa pergi dan balik memang dihadapi oleh murid -murid saban hari. Kelalaian dan kedaifan tentang keselamatan jalan raya mengundang kepadahan dan kecelakaan yang tidak diingini.
2.2Kemalangan berlaku, sebahagian besarnya semasa pergi dan balik sekolah. Kecuaian murid-murid sendiri dan kelalaian memainkan peranan masing-masing semua pihak termasuk pihak pentadbir sekolah, pemandu, guru-guru, pekerja keselamatan dan ibu bapa / penjaga mengundang tragedi menyayat hati hingga akhir hayat.
3.OBJEKTIF
3.1 Menyediakan dan menyebarkan polisi dan panduan keselamatan pulang balik sekolah, serta memupuk kesedaran di kalangan warga sekolah.
3.2 Mendidik warga sekolah tentang tindakan mencegah dan menangani tragedi semasa, melaksanakan tindakan susulan dengan segera dan berkesan.
3.3 Mengekalkan tahap keselamatan sekolah ke aras yang optimum dengan pemantauan dan pembaikan dasar dan fizikal secara berterusan.
4.PERANAN MURID-MURID
4.1Murid-murid memastikan basikal mereka dalam keadaan baik, dan penjaga pula memastikan kenderaan mereka dalam keadaan yang baik.
4.2 Sehingga kini, jalanraya hadapan SKP Bukit Besar telah pun disediakan lampu isyarat pejalan kaki. Murid-murid mesti mengikut peraturan semasa apabila melintas jalanraya.
4.3 Menunggu kenderaan ibu bapa di pondok yang dikhususkan sahaja.
4.4 Mengecam kenderaan berdasarkan nombor plat dan tanda-tanda kenderaan mereka.
4.5 Memastikan kenderaan berhenti sepenuhnya, lalu menaikinya.
4.6 Tidak merebut-rebut.
4.7 Memastikan pintu kenderaan telah ditutup kemas.
4.8 Menggunakan tali pinggang keselamatan dan topi keledar.
4.9 Tidak bergurau dan bermain di dalam kenderaan, duduk atau berdiri dengan baik dan stabil.
4.10 Lihat ke kanan , ke kiri dan ke kanan semula, memastikan jalanraya selamat untuk dilintasi. Murid-murid tahap 1 perlu dibimbing semasa melintas jalanraya.
4.11 Sekiranya bertemu dengan orang yang tidak dikenali, murid-murid perlu melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera (guru, pekerja, jaga atau kerani) dan tidak tergoda dengan mudah, tidak mengikut kehendak orang sewenang-wenangnya, tidak menaiki kenderaan orang yang tidak dikenali.
5. PERANAN GURU-GURU
5.1 Bertanggungjawab menyemaikan ilmu berkaitan dengan keselamatan diri, orang lain dan trafik kepada murid-murid secara tersurat atau tersirat.
5.2 Mendengar dengan teliti aduan murid-murid dan mengambil tindakan berpatutan.
5.3 Meletakkan kereta di tempat yang ditetapkan sahaja dan mamastikan tiada murid-murid bermain di belakang kereta semasa mengundur.
5.4 Menyampaikan peraturan keselamatan trafik di kawasan sekolah kepada murid-murid dan mendapatkan data tentang kenderaan kenaikan murid-murid.
5.5 Mengadakan hubungan yang baik dengan pihak masyarakat sekitar dan agensi-agensi keselamatan kerajaan atau NGO. Menjemput mereka mengadakan ceramah, pertunjukan keselamatan dan aktiviti-aktiviti berunsur pendidikan keselamatan.
6.PERANAN IBU BAPA
6.1 Bekerjasama dengan pihak sekolah sepenuhnya. Membimbing anak-anak tentang isu-isu dan tatacara keselamatan trafik.
6.2 Memastikan kenderaan kenaikan mereka selamat dan baik.
6.3 Selalu memesan kepada anak-anak supaya menunggu kenderaan ibu bapa di tempat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
6.4 Semasa cuaca buruk ; mendung, hujan atau ribut. Ibu bapa mesti menemani anak-anak mereka sehingga ke tempat menunggu yang selamat di sekolah.
6.5 Mengetahui dengan jelas masa tamat persekolahan dan aktiviti petang. Menepati masa untuk mengambil anak-anak.
6.6 Selalu berpesan kepada anak-anak tentang keselamatan diri, berteman sekiranya ke sesuatu tempat yang sunyi.
6.7 Selalu berpesan juga tentang cara-cara bersemuka dengan orang-orang yang tidak dikenali.
7. PERANAN SEKOLAH
7.1 Menyediakan buku keluar /masuk kawasan sekolah semasa waktu persekolahan untuk murid-murid dan kakitangan sekolah.
7.2 Mendapatkan maklumat terkini ibu bapa dan murid-murid. Ini dapat membolehkan pihak sekolah menghubungi orang yang terdekat / bertanggungjawab dengan segera. 7.3 Merekodkan nombor telefon agensi-agensi keselamatan ; hospital, balai bomba, balai polis, pertahanan awam dan lain-lain dan nombor-nombor telefon perlu dipamerkan.
7.4 Mempamerkan poster-poster yang berunsur pendidikan keselamatan.
7.5 Mengadakan ceramah atau taklimat keselamatan dari semasa ke semasa bagi memupuk kesedaran.
7.6 Menayangkan filem-filem atau bahan multimedia yang berunsurkan keselamatan trafik.
~ ~ ~ * ~ ~ ~
8. SAYA JANJI
8.1 Saya telah baca dan memahami polisi keselamatan pergi dan balik sekolah, dan saya berjanji akan melaksanakan peranan saya dengan baik.
8.2 Nama :
_____________________________
_____________________________
8.3 Peranan saya dalam konteks ini:
______________________________
No comments:
Post a Comment