Tuesday, December 31, 2013

Lesson Plan for Year 4 KSSR 2014

Theme:     World of Knowledge


Topic:     3R's (Reduce, Reuse, Recycle)


Learning Standards:   3.1.1 (a), (b), 3.2.1 (b)


Objectives:  
 By the end of the lesson,   pupils should be able to:


  - learns about the three   Rs (Reduce,  Reuse, and   Recycle)
  - learns that reducing   waste has a positive   impact on the   environment.


Time:                   60 minutes


Teaching Aids:          3R's audio and video   clips
worksheet

Added Values:           Creativity, Values and   Citizenship



Friday, December 27, 2013

Sudut Bacaan - Dari Akar Hingga Buahnya oleh Institut Integriti Malaysia


Buku kecil ini amat baik dibaca oleh semua rakyat Malaysia. Betapa baiknya nilai-nilai murni dan positif yang tersurat dan tersirat dihayati dan diamalkan sesama kita, ke arah kejayaan bersama.

Terbitan buku kecil ini adalah usaha IIM, Institut Integriti Malaysia.
http://www.iim.org.my/

Paparan dalam bentuk pdf dapat diakses melalui
http://www.agc.gov.my/pdf/pekeliling/pelbagai/Dari%20Akar%20hingga%20Buahnya.pdf


Berikut adalah paparan buku dalam bentuk jpg, yang boleh dibaca secara terus melalui blog ini. Aktiviti pembacaan dalam zaman ICT ini sungguh memudahkan dengan adanya telefon pintar. Di mana-mana dan bila-bila sahaja, tanpa menggendong dan cakna buku yang berat dan banyak. Isu penggunaan telefon pintar di sekolah-sekolah Malaysia masih hangat diperbincangkan, dan pada keseluruhannya, pihak penentu polisi sekolah masih tidak membenarkan anak-anak murid membawa telefon pintar ke sekolah kerana masalah kehilangan, kecurian, keciciran, hilang tumpuan pada pelajaran kerana keasyikan bermain 'games' dan bergayut dalam media-sosial, tersangkut dalam pengaruh negatif; lucah, sesat dan ganas laman web....Kes-kes seumpama ini menular,  kekadang terpencil dan kekadang heboh meletup pada pelajar-pelajar yang daif, sensitif, 'melampau chauvinists'   dan tidak terdidik dalam etika penggunaan ICT.

Walau bagaimana pun, kemudahan prasarana yang disediakan harus dihargai dan dipergunakan sepenuhnya. Segala kejadian dan ciptaan adanya kebaikan dan keburukan, boleh dijadikan kawan dan lawan, bak kata orang tua-tua, yang baik dijadikan kawan, yang tak baik dijadikan sempadan.

Mari kita membaca , menuju kejayaan.




























Monday, November 11, 2013

Pemasyhuran Penerima Anugerah Cemerlang 2013 SKPBB

Pemasyhuran Penerima Anugerah Cemerlang 2013 SKPBB



Berikut adalah penerima anugerah cemerlang SKPBB 2013 yang sempat saya editkan mengikut turutan buku program. Berbesar hati kiranya tuan-tuan dan puan-puan, cikgu-cikgu dan anak-anak yang disayangi memaklumkan kepada saya kesilapan yang timbul dari segi nama penerima anugerah dan gambar yang dipaparkan. Anda boleh email kepada saya mortengoh@gmail.com dengan segera. Pertolongan anda amat saya hargai.

Para penerima anugerah yang masih tidak bergambar, boleh mengambil gambar sendiri dan emailkan kepada saya , mortengoh@gmail.com, pastikan anda menuliskan nama penuh dalam tajuk gambar anda. Kepada mereka yang ingin gambar diambil oleh saya, Mr. Goh, anda mesti datang awal ke sekolah sebelum 7.30 pagi pada Hari Anugerah Cemerlang ,iaitu 12 Nov 2013 Selasa.