Monday, June 4, 2012

Membuat Bakul Kecil


Membawa anak melawat doktor pakar Hospital Besar Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan , terbaca majalah Wanita lama yang terdampar di rak buku dan majalah, mungkin didermakan oleh kaki-tangan hospital atau pesakit-pesakit yang budiman dan mempunyai kesedaran kitar-semula bahan bacaan. Petikan pertukangan tangan 'membuat bakul kecil' amat menarik minat saya. Betapa baik sekiranya semua bahan bacaan cetakan yang bermutu dapat dikitar-semula dalam bentuk digital untuk bacaan umum, dan boleh dirujuk bila-bila masa, mana-mana sahaja melalui blog.

Saya sempat mengambil gambar petikan tersebut dengan telefon bimbit, maaf di atas kualiti gambar yang tidak menarik.