Saturday, April 6, 2013

Demonstrasi Kebakaran Ahli-ahli Bomba 2013


Tarikh                :            7 APRIL 2013 ( AHAD )
Masa                  :            9.30 pagi  - 10.15 pagi
Tempat             :             Tapak Perhimpunan Sekolah 
                                        SK Pusat Bukit Besar 21100 K. Trg



Encik Badrul Hisham , Pegawai Kanan 2 Balai Bomba Padang Hiliran, Kuala Terengganu , dengan dua orang pembantu telah mengadakan lawatan ke SKP Bukit Besar , Kuala Terengganu.




2. Taklimat dan nasihat  ringkas telah disampaikan. Cara-cara mencegah kebakaran dan langkah-langkah yang perlu dijalankan semasa kebakaran (selepas loceng kecemasan dibunyikan) juga telah diterangkan secara terperinci kepada warga sekolah di tapak perhimpunan.

3. Komen Encik Badrul Hisham:
3.1 Murid-murid dan semua warga sekolah telah berjaya berkumpul di tapak perhimpunan dengan tertib dalam masa 90 saat,   

3.2 Guru-guru yang sedang mengajar di dalam kelas , perlu mengiringi murid-murid semasa berjalan menuju ke tapak perhimpunan, dan guru-guru mesti memastikan semua murid berada dalam kumpulannya. Kehilangan murid mesti dilaporkan kepada pentadbir atau kepada pegawai bomba dengan kadar segera, supaya tindakan penyelamatan boleh dilakukan serta-merta.

3.3 Nombor kecemasan balai bomba Kuala Terengganu 09-6234444 perlu dipamerkan. Nombor kecemasan 999 (Pusat Kecemasan Putrajaya) juga boleh digunakan, tetapi mungkin mengambil masa yang panjang untuk sampai ke balai bomba terdekat.



4. Demonstrasi kebakaran dijalankan dengan jayanya.