Maklumat dan makluman Mr.Goh, SK Pusat Bukit Besar , yang boleh dikongsi dan dijadikan rujukan bersama.
Friday, December 27, 2013
Sudut Bacaan - Dari Akar Hingga Buahnya oleh Institut Integriti Malaysia
Buku kecil ini amat baik dibaca oleh semua rakyat Malaysia. Betapa baiknya nilai-nilai murni dan positif yang tersurat dan tersirat dihayati dan diamalkan sesama kita, ke arah kejayaan bersama.
Terbitan buku kecil ini adalah usaha IIM, Institut Integriti Malaysia.
http://www.iim.org.my/
Paparan dalam bentuk pdf dapat diakses melalui
http://www.agc.gov.my/pdf/pekeliling/pelbagai/Dari%20Akar%20hingga%20Buahnya.pdf
Berikut adalah paparan buku dalam bentuk jpg, yang boleh dibaca secara terus melalui blog ini. Aktiviti pembacaan dalam zaman ICT ini sungguh memudahkan dengan adanya telefon pintar. Di mana-mana dan bila-bila sahaja, tanpa menggendong dan cakna buku yang berat dan banyak. Isu penggunaan telefon pintar di sekolah-sekolah Malaysia masih hangat diperbincangkan, dan pada keseluruhannya, pihak penentu polisi sekolah masih tidak membenarkan anak-anak murid membawa telefon pintar ke sekolah kerana masalah kehilangan, kecurian, keciciran, hilang tumpuan pada pelajaran kerana keasyikan bermain 'games' dan bergayut dalam media-sosial, tersangkut dalam pengaruh negatif; lucah, sesat dan ganas laman web....Kes-kes seumpama ini menular, kekadang terpencil dan kekadang heboh meletup pada pelajar-pelajar yang daif, sensitif, 'melampau chauvinists' dan tidak terdidik dalam etika penggunaan ICT.
Walau bagaimana pun, kemudahan prasarana yang disediakan harus dihargai dan dipergunakan sepenuhnya. Segala kejadian dan ciptaan adanya kebaikan dan keburukan, boleh dijadikan kawan dan lawan, bak kata orang tua-tua, yang baik dijadikan kawan, yang tak baik dijadikan sempadan.
Mari kita membaca , menuju kejayaan.
Labels:
Reference
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment