Thursday, March 5, 2015

AJK Perhimpunan 2015 SKPBB


Tugasan pengendalian perhimpunan mingguan sekolah
telah pun diagihkan kepada AJK Perhimpunan .


Pengendalian perhimpunan ini bukan terhad kepada perhimpunan mingguan
pada pagi Ahad sahaja, ianya melibatkan segala perhimpunan rasmi
yang diadakan oleh pihak sekolah, yang bertempat di tapak perhimpunan.

Berikut adalah draf yang terlintas dalam fikiran semasa perhimpunan.

Pelajaran yang diperolehi:

Apa yang penting ! Ker....ja... sa....ma.....:
Bulat air kerana pembentungnya, bulat manusia kerana bermuafakat.
Kita haruslah bekerja dalam satu pasukan, sebenarnya semua anggota dalam jawatan kuasa penting, one for all, all for one.

Inisiatif Memperbaiki Tugasan (Kaizan):
Pengagihan tugas kepada AJK telah pun dibuat, dan guru yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan program berjalan haruslah memperbaiki keadaan dari semasa ke semasa.

Komunikasi:
Keupayaan berkomunikasi samada melalui gajet berteknologi canggih, whatapps / facebook group/ sms........ atau secara bersemuka/berkumpulan amat berguna untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Saranan Bernas:
Cadangan-cadangan dan langkah-langkah proaktif daripada AJK dialu-alukan dan amat berguna untuk tindakan jangka masa pendek dan panjang, untuk kebaikan bersama.



No comments:

Post a Comment