PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
WAKTU PERSEKOLAHAN
7.30 pagi- Semua murid berbaris di tapak pagi perhimpunan. Bacaan surah-surah lazim, doa dan aktiviti Iain dijalankan.
7.40 pagi - Waktu pembelajaran bermula.
10.10 pagi - Waktu Rehat bagi Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3).
10.40 pagi - Waktu Rehat bagi Tahap 2 pagi (Tahun 4,5 den 6).
1.00 tengah hari - Waktu Pulang Rasmi bagi semua murid kecuali pada hari Khamis waktu pulang ialah 12.30 tengahari.
2-4 petang (selasa) - Kegiatan Kokurikulum Tahap Dua (Selasa)
2. KAWASAN SEKOLAH
2.1 Semua murid mesti berada di kawasan sekolah sebelum pukul 7.30 pagi.
2.2 Semua murid yang memasuki ke kawasan sekolah mestilah melalui pintu pagar hadapan. menurunkan anak-anak di tempat yang dikhaskan.
2.3 Murid-murid yang berbasikal hendaklah turun dan mengheret basikal mereka ketlka berada didalam kawasan sekolah.
2.4 Ibubapa yang menghantar anak-anak hendaklah menurunkan anak-anak di tempat yang dikhaskan.
3. KEHADIRAN KE SEKOLAH
3.1 Kehadiran ke sekolah adalah wajib.
3.2 Buku Jadual Kedatangan akan ditanda pada waktu pertama.
3.3 Kelas Bimbingan atau Tambahan adalah waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri.
3.4 Murid-murid tidak dibenarkan keluar daripada kawasan sekolah pada waktu persekolahan kecuali dengan kebenaran pihak sekolah.
3.5 Mana-mana ibubapa atau penjaga yang hendak mengambil anak mereka pada waktu persekolahan hendaklah mendapat kebenaran daripada pentadbir sekolah atau guru kelas dan menandakan dalam Buku Rekod.
3.6 Ketua Kelas/Penolong Ketua Kelas hendaklah mencatat bilangan kehadiran murid di papan tulis di penjuru atas sebelah kanan atau kiri di awal pagi.
3.7 Murid yang tidak dapat hadir ke sekolah hendaklah memberitahu kepada pihak sekolah melalui surat ibubapa/penjaga/Surat Akuan Doktor.
4. PERHIMPUNAN
4.1 Perhimpunan Mingguan
4.1.1 Perhimpunan rasmi diadakan pada pagi Ahad atau pada hari-hari lain yang difikirkan perlu.
4.1.2 Perhimpunan adalah majlis rasmi sekolah. Oleh itu setiap murid dan guru wajib menghadirinya.
4.1.3 Perhimpunan akan diadakan pada pukul 7.40pagi hingga 8.10 pagi.
4.1.4 Semua murid mestilah berbaris di dalam barisan lelaki dan perempuan mengikut kelas masing-masing.
4.1.5 Pengawas-pengawas hendaklah sentiasa mengawasi barisan dan disiplin murid.
4.1.6 Majlis perhimpunan dipengerusikan oleh pengawas sekolah.
4.1.7 Jalur Gemilang, Bendera Negeri dan Bendera Sekolah akan dinaikkan semasa lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan dan Lagu Sekolah dinyanyikan.
4. 2 Perhimpunan Harian
4.2.1 Perhimpunan rasmi diadakan pada pagi lsnin hingga Khamis.
4.2.2 Perhimpunan adalah majlis rasmi sekolah. Oleh itu setiap murid dan guru wajib menghadirinya.
4.2.3 Perhimpunan akan diadakan pada pukul 7.30 pagi.
4.2.4 Semua murid mestilah berbaris di dalam barisan lelaki dan perempuan mengikut kelas masing-masing.
4.2.5 Pengawas-pengawas hendaklah sentiasa mengawasi barisan dan disiplin murid.
4.2.6 Bacaan surah-surah lazim, doa dan aktiviti ringkas lain dijalankan.
4.2.7 Perhimpunan diketuai oleh Guru Bertugas.
5. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
5.1 PAKAIAN MURID LELAKI
-Berbaju kemeja berlengan pendek, berkolar dan berwarna putih.
-Tidak terlalu besar atau kecil
-Berseluar panjang berwarna biru gelap
-Semua murid dikehendaki memakai tali berwarna merah tua.
-Tali pinggang adalah dibenarkan tetapi yang berwarna hitam sahaja.
-Stokin berwarna putih bersama kasut kanvas putih atau tokin berwarna hitam bersama kasut kanvas hitam.
-Kasut kanvas hitam mulai sesi persekolahan baru 2019 dan 2020 dan tahun-tahun berikutnya. Walau bagaimana pun, kasut kanvas putih masih boleh dipakai sepanjang tahun 2019 sahaja, tahun peralihan kasut kanvas putih ke hitam.
- Lencana mestilah dijahit pada poket baju.
- Tanda nama hendaklah dijahit di atas lencana sekolah.
5.2 PAKAIAN MURID PEREMPUAN
-Baju kurung labuh berpesak berwarna putih,
-Kain tudung berwarna putih.
-Kain sarung berwarna biru gelap.
-Stokin berwarna putih bersama kasut kanvas putih atau tokin berwarna hitam bersama kasut kanvas hitam.
-Kasut kanvas hitam mulai sesi persekolahan baru 2019 dan 2020 dan tahun-tahun berikutnya. Walau bagaimana pun, kasut kanvas putih masih boleh dipakai sepanjang tahun 2019 sahaja, tahun peralihan kasut kanvas putih ke hitam.
-Lencana dan tanda nama mestilah dijahit pada sudut kiri di bahagian atas dada pada tudung.
5.3 PAKAIAN PENGAWAS
5.3.1 Pengawas Sekolah Lelaki -Baju kemeja berlengan panjang berwarna biru muda. -Se|uar panjang berwarna biru gelap. -Kasut kanvas/kulit berwarna hitam. -Stokin hitam. -Ta|i leher berwarna biru gelap. -Vest berwarna biru gelap.
5.3.2 Pengawas Sekolah Perempuan .
-Baju kurung Iabuh berpesak berwarna biru muda.
-Kain sarung berwarna biru gelap-Kain tudung berwarna biru gelap. -Kasut kanvas/kulit berwarna hitam. -Stokin hitam. -Vest berwarna biru gelap.
5.3.3 Pengawas Perpustakaan Lelakl
Baju kemeja berlengan panjang berwarna
kuning lembut.
-Seluar panjang berwarna koko gelap.
-Kasut kanvas/kulit berwarna hitam.
-Stokin hitam.
-Tali leher berwarna koko gelap.
-Vest berwarna koko gelap.
5.3.4 Pengawas Perpustakaan Perempuan
-Baju kurung Iabuh berpesak berwarna kuning lembut
- Kain sarung berwarna koko gelap.
-Kain tudung berwarna kuning lembut.
-Kasut kanvas/kulit berwarna hitam.
-Stokin hitam.
-Vest berwarna koko gelap.
6. BADAN PENGAWAS 6.1 Pengawas-pengawas adalah dilantik dengan rasminya oIeh pihak sekolah.
6.2 Pengawas-pengawas bertanggungjawab menjaga, mengawal serta memastikan disiplin sekolah berjalan dengan baik dan teratur.
6.3 Pengawas adalah sebagai pengganti guru dikehendaki menjalankan tugas dengan jujur dan dedikasi.
6.4 Senarai tugas pengawas adalah ditentukan dari semasa ke semasa.
6.5 Pengawas-pengawas adalah dikehendaki mempunyai sahsiah yang baik untuk menjadi model kepada semua murid.
6.6 Pihak sekolah berhak menggantung mana-mana pengawas yang bermasalah.
7. WAKTU REHAT
7.1 Masa Rehat bagi Tahap Satu 10.10 pagi hingga 10.30 pagi dan Masa Rehat Tahap Dua10.40 pagi hingga 11.00 pagi.
7.2 Semua murid dilarang berada dalam bilik darjah semasa rehat kecuali mendapat kebenaran dari guru.
7.3 Barang-barang berharga dan wang tidak dibenarkan tinggal di dalam bilik darjah.
8. KANTIN SEKOLAH
8.1 Waktu kantin sekolah dibuka ialah sebelum jam 7.30pagi, masa rehat dan selepas waktu belajar.
8.2 Murid-murld tidak dibenarkan masuk kc bahagian penyediaan makanan dalam kantin.
8.3 Murid-murid tidak dibenarkan membantu menjual dl kantin.
8.4 Murid-murid dikehendaki berbaris ketika membeli makanan dan minuman.
8.5 Murid-murid dikehendaki meletakkan pinggan dan gelas ke dalam bekas yang disediakan selepas makan dan minum.
8.6 Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kantin serta adab dan akhlak semasa makan dan minum.
8.7 Pembelian makanan dan minuman mestl menggunakan bekas yang disediakan.
8.8 Makan dan minum hanya di kantin dan pondok berhampiran kantin sahaja.
8.9 Waktu pembelajaran sedang berjalan, murid ditegah sama sekali membeli makanan atau minuman.
8.10 Murid tidak dibenarkan membeli makanan di luar sekolah pada masa persekolahan.
9. TANDAS ,
9.1 Mana-mana murid yang ingin ke tandas hendaklah mendapat kebenaran dari guru yang mengajar atau ketua kelas (semasa ketiadaan guru) dan memakai kad ”KEBENARAN KELUAR KELAS".
9.2 Murid-murld hanya dibenarkan ke tandas apabila perlu.
9.3 Cuma dua orang murid sahaja dibenarkan ke tandas pada satu-satu masa.
9.4 Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan tandas guru.
9.5 Murid-murid mestilah menjaga kebersihan tandas dengan tidak membuang sampah atau lain-Iain ke dalam mangkuk tandas.
9.6 Kebersihan sink juga adalah tanggungjawab bersama.
10. BILIK DARJAH/KELAS
10.1 Semua murid hendaklah duduk di tempat masing-masing dengan sopan.
10.2 Semua murid hendaklah sentiasa mematuhi arahan guru, pengawas, ketua kelas, dan penolong ketua kelas.
10.3 Semua murid hendaklah bangun memberi hormat kepada guru, guru besar atau pelawat yang masuk ke kelas dan menjawab salam mereka.
10.4 Semua murid dan ketua kelas bertanggungjawab terhadap ( peralatan dalam bilik darjah, menjaga kebersihan, keselamatan dan keceriaan.
10.5 Mana-mana murid yang ingin keluar kelas hendaklah mendapat kebenaran dari guru yang mengajar atau ketua kelas.
10.6 Sewaktu ketiadaan guru, ketua kelas dan penolong ketua kelas bertanggungjawab menjaga ketenteraman kelas.
10.7 Jadual Waktu, Jadual Bertugas Harian dan Peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di dalam bilik darjah.
10.8 Murid-murid dilarang membuat bising dan mengganggu ketenteraman kelas. Murid-murid dilarang sama sekali merosakkan atau menconteng kerusi, dinding dan semua peralatan dalam kelas.
10.10 Murid-murid ditegah melakukan perkara-perkara berikut dalam kelas kecuali dengan kebenaran guru:
> Makan dan minum
> Menulis di papan tulis
> Meninggalkan buku selepas waktu
persekolahan
> Menggunakan meja atau kerusi guru
11. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
11.1 Semua murid adalah Iayak untuk mendapat Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT ).
11.2 Murid-murid yang menerima Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT ) dikehendaki menulis nama dan kelas pada ruangan yang telah disediakan pada bahagian hadapan dan belakang buku teks.
11.3 Semua buku teks hendaklah disampul dengan rapi.
11.4 Murid-murid dilarang menconteng, mengoyak atau mengotorkan buku-buku SPBT.
11.5 Tidak dibenarkan meninggalkan buku SPBT di dalam kelas atau merata tempat di luar waktu persekolahan.
11.6 Murid dilarang menukar hak milik buku SPBT masing-masing.
11.7 Buku-buku SPBT adalah tanggungjawab murid sepenuhnya dan murid yang telah menghilangkannya atau tidak memulangkan balik pada akhir tahun mestilah menggantikannya dengan yang baru atau bayaran yang sama nilai dengan buku yang hilang.
12. PERPUSTAKAAN
12.1 Perpustakaan akan dibuka pada hari-hari persekolahan biasa dan juga pada hari cuti yang difikirkan perlu oleh Guru Perpustakaan.
12.2 Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam perpustakaan pada waktu kelas berjalan kecuali dengan kebenaran Guru Perpustakaan atau bersama dengan Guru Matapelajaran.
12.3 Pinjaman dan pemulangan buku boleh dilakukan pada waktu rehat dan waktu pulang.
12.4 Semua guru dan kakitangan sekolah dibenarkan meminjam buku di perpustakaan.
12.5 Semua pengguna perpustakaan bertanggungjawab menjaga kebersihan dan kekemasan perpustakaan.
12.6 Murid-murid dilarang bercakap-cakap atau membuat bising dalam perpustakaan.
12.7 Semua pengawas yang dilantik hendaklah menjalankan tugas mengikut jadual tugasan yang telah ditetapkan.
12.8 Semua buku yang dipinjam adalah di bawah jagaan peminjam dan hendaklah dijaga dengan baik.
12.9 Buku-buku yang dipinjam hendaklah dihantar tepat pada masanya.
12.10 Murid-murid yang lewat memulangkan buku akan dikenakan denda 20 sen sehari.
13. BlLlK-BILIK KHAS
13.1 Antara Bilik-Bilik Khas adalah seperti berikut:
> Makmal Sains
> Makmal Komputer
> BilikMuzik
> Bilik Peraiatan Sukan .
> Bilik Kemahiran Hidup
> Bilikj-QAF
> Bilik Kaunseiing
> Lain lain
13.2 Murid dibenarkan masuk apabiia mendapat kebenaran guru.
13.3 Berbaris semasa menuju atau balik dari Bilik-bilik Khas.
13 4 Berbaris di luar Bilik-biiik Khas sebelum kedatangan guru.
13.5 Jangan rosakkan barang-barang dalam bilik ini
13.6 Sentiasa menjaga kebersihan biiik.. 13.7 Penggunaan peralatan hanya dengan kebenaran guru sahaja.
14. PEJABAT SEKOLAH DAN BILIK GURU
14.1 Tidak dibenarkan masuk ke pejabat sekolah dan bilik guru tanpa kebenaran.
14.2 Murid dibenarkan ke pejabat sekolah dan bilik guru atas urusan penting sahaja.
14.3 Tangga di hadapan pejabat adalah untuk kegunaan guru, kakitangan dan pelawat sahaja.
14.4 Murid dilarang ke pejabat sekolah dan bilik guru secara beramai-ramai kecuali dengan arahan guru.
15. LALU LINTAS DAN KENDERAAN
15.1 Semua murid mestilah sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas di dalam dan di luar kawasan sekolah.
15.2 Murid adalah dilarang berbasikal / mengayuh basikal apabila berada dalam kawasan sekolah. Basikal mesti dituntun di kawasan sekolah. Semua basikal hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan dan disusun dengan rapi.
14.3 Tangga di hadapan pejabat adalah untuk kegunaan guru, kakitangan dan pelawat sahaja.
14.4 Murid dilarang ke pejabat sekolah dan bilik guru secara beramai-ramai kecuali dengan arahan guru.
15. LALU LINTAS DAN KENDERAAN
15.1 Semua murid mestilah sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas di dalam dan di luar kawasan sekolah.
15.2 Murid adalah dilarang berbasikal / mengayuh basikal apabila berada dalam kawasan sekolah. Basikal mesti dituntun di kawasan sekolah. Semua basikal hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan dan disusun dengan rapi.
15.3 Basikal yang digunakan oleh murid mestilah lengkap peralatannya dan sentiasa berkunci.
15.4 Murid yang berjalan kaki hendaklah melintas di Lintasan Zebra yang dijaga oleh pekerja sekolah/Polis.
16. PERATURAN AM
16.1 Semua murid adalah wajib mematuhi semua Peraturan Sekolah. Mana-mana murid yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan disiplin.
16.2 Semua murid hendaklah menghormati Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru, Kakitangan Sekolah, Pengawas, Ketua Kelas, sesama murid dan pelawat, dengan mengamalkan budaya bersalam.
16.3 Semua murid mestilah menjaga nama baik sekolah dan kebersihannya dan sentiasa sayangkan sekolah.
16.4 Semua murid mestilah menjaga penampilan diri termasuklah pakaian, rambut, kuku, gigi dan seluruh anggota badan.
16.5 Murid-murid mestilah sentiasa berkelakuan baik, berakhlak mulia dan memperkasakan akal budi sama ada di dalam atau di luar sekolah.
16.6 Mesti memberi salam atau ucapan selamat ketika memasuki kelas atau ketika bertemu guru, kakitangan dan pelawat.
16.7 Ucaplah terima kasih kepada guru, kakitangan dan pelawat atas setiap pemberian atau nasihat.
16.8 Murid-murid yang kehilangan barang di sekolah mestilah melaporkan kepada Guru Kelas atau Guru Bertugas. Mana-mana murid yang terjumpa barang-barang hilang mestilah menyerahkannya kepada Guru Kelas atau Guru Bertugas.
16.9 Dilarang menggunakan elektrik dan air secara berlebihan dan membazir. Suis lampu dan kipas hendaklah ditutup apabila ketiadaan murid dalam kelas.
JENIS-JENIS KESALAHAN
Salah laku murid terbahagi kepada TIGA jenis seperti berikut:
*Kesalahan Ringan
*Kesalahan Sederhana
*Kesalahan Berat
KESALAHAN RINGAN
1. Berambut panjang bagi Ielaki.
2. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau
kawasan yang dilarang.
3. Menggunakan dan membawa keluar
sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran.
4. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
5. Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran.
6. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
7. Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal, bengkel atau bilik khas.
8. Memakai barang kemas, barang perhiasan atau alat solek kecuali jam.
9. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.
10. Makan atau minum dalam bilik darjah.
11. Melakukan pembaziran air atau elektrik.
12. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.
13. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran :
> Tidak membawa buku
> Tidak membuat kerja rumah
> Tidak memberi perhatian ketika belajar
> Lain-lain
14. Datang lewat ke sekolah.
15. Lewat bergerak ke perhimpunan, bengkel atau makmal.
16. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas Iain.
17. Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
18. Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan. 19. Mengganggu guru.
20. Lewat masuk kelas.
21. Mengotorkan kelas.
22. Tidak duduk setempat kecuali arahan daripada guru.
23. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk
dalam kategori ini.
KESALAHAN SEDERHANA
1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali.
2. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
3. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian atau peperiksaan.
4. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
5. Tidak menghormati lagu-lagu, bendera atau jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
6. Fesyen rambut keterlaluan atau berwarna.
7. Menconteng pada harta benda sekolah.
8. Memakai barang kemas keterlaluan.
9. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
KESALAHAN BERAT
1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana sebanyak tiga kali.
2. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar tembakau (rokok).
3. Menyebabkan atau melakukan pergaduhan atau kekerasan.
4. Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru/ pengawas/ murid.
5. Biadab pada guru, pengawas atau pun murid.
6. Memeras ugut guru, pengawas atau pun murid.
7. Membawa atau menggunakan alat berbahaya.
8. Melakukan buli, penderaan atau paksaan pada murid Iain.
9. Mencuri dan menceroboh kawasan larangan.
10. Mengintai murid IeIaki atau pun murid perempuan.
11. Merosakkan harta benda sekolah ataupun guru.
12. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik
atau bahanbahan multimedia.
13. Membawa atau menggunakan alat yang
menyebabkan kecederaan atau mengganggu pengajaran dan pembelajaran atau peperiksaan atau ujian.
14. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari selama satu tahun sesi persekolahan.
15. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.
16. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
Internet handphone, tablet and laptop?
No comments:
Post a Comment