Lawatan Ahli Bomba ke SK Pusat Bukit Besar
15 April 2014
1. Dua orang ahli bomba teleh sampai ke sekolah pada pukul 8.30 pagi.
2. Loceng kecemasan panjang telah dibunyikan pada pukul 9.00 pagi.
3. Murid-murid berjaya berkumpul di tapak perhimpunan selepas 3 minit loceng kecemasan dibunyikan, Pada keseluruhannya, murid-murid berjalan dengan tertib, cuma ada segelintir murid yang ghairah dengan dengan program ini , berlari-lari, perbuatan ini sepatutnya dielakkan, kita hanya dikehendaki berjalan sahaja apabila berlaku kecemasan, Jangan sesekali panik. Bertindak secara tenang dan bijak.
4. Pertunjukan memadamkan api tamat pada pukul 10.15 pagi.
5. Pesanan ahli-ahli bomba :
-5.1. Guru-guru mesti memastikan semua muridnya selamat keluar dari kelas, guru merupakan orang terakhir keluar dari kelas sekiranya berlaku kecemasan, bukan tergesa-gesa keluar dari kelas bersama murid-murid. Ketua kelas mesti beratur di hadapan , sementara penolong beratur di belakang barisan. Segala kehilangan murid-murid mesti dilaporkan segera kepada guru.
-5.2 Nombor telefon balai bomba Kuala Terengganu 09-6234444, merupakan nombor telefon 'direct line'. Mangsa-mangsa kecemasan , kebakaran boleh menghubungi ahli secara terus ke balai bomba Kuala Terengganu.
Jangan sesekali berdiri menghadap arah tiupan angin, asap akan bergerak mengikut arah angin. Bagaimana anda mengetahui arah tiupan angin ?
Senang sahaja, lemparkan rumput kering ke udara, ke mana rumput kering itu ditiup, arah itulah yang akan dibawa angin bersama asap yang berkepul-kepul naik ke udara.
Ingat, semasa berlaku kebakaran, asaplah yang membunuh mangsa dahulu. Budak yang meniarap dan merangkak itu betul tindakannya, kerana dia tahu udara yang berdekatan dengan tanah, lantai atau simen adalah lebih segar dan kurang dicemari asap.
Cikgu Saemah cuba memadamkan api.
Lakonan simulasi sahaja, Mr. Goh memarahi murid-murid yang bertindak keluar dari kelas tanpa memberitahu guru, mereka bersahaja keluar dari kawasan sekolah, membeli-belah dan merayau-rayau, kehilangan mereka menimbulkan kecoh dan masalah besar terutama dalam masa kecemasan.
Pautan Youtube berikut menerangkan dan menunjukkan secara amali kaedah CPR,
yang mungkin anda gunakan untuk orang yang memerlukan.
CPR , Cardiopulmonary resuscitation, atau dikenali sebagai Resusitasi kardiopulmonari - Wikipedia Bahasa Melayu, iaitu suatu prosedur kecemasan yang dilakukan dalam usaha bagi mengekalkan secara manual fungsi otak sehingga langkah selanjutnya dapat dilakukan bagi mengembalikan aliran darah dan pernafasan secara spontan pada seseorang yang jantung berhenti berdengup.
Langkah-langkah CPR secara ringkas boleh dipelajari secara online melalui
https://depts.washington.edu/learncpr/quickcpr.html
No comments:
Post a Comment