Showing posts with label Happenning. Show all posts
Showing posts with label Happenning. Show all posts

Monday, August 25, 2014

Lagu Tema Hari Kebangsaan 2014



Pautan untuk muat turun lagu tema Hari Merdeka 2014

http://www.hootoh.my/2014/06/lagu-tema-hari-kemerdekaan-57-di-sini.html



LIRIK LAGU DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema

Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita

Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Chorus

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran

Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Di sini lahirnya sebuah cinta

Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Ayuhlah berbakti

Hingga akhirnya


LAGU TEMA HARI KEMERDEKAAN 57 DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA


Wednesday, June 18, 2014

Hari Temu Murni

MAJLIS TEMU MURNI DAN TAKLIMAT SARANA IBU BAPA
21 JUN 2014 (SABTU)
DEWAN SURAU SK PUSAT BESAR
JEMPUTAN :
IBU BAPA/PENJAGA,
MURID-MURID PRA,PPKI, DAN TAHUN 1-6

ATURCARA:

10.30 am - Ketibaan Ibubapa
11.00 am - bacaan Doa
- Ucapan Aluan GB/PKP
- Majlis Taklimat Sarana
12.00 pm - Penyerahan Pelaporan di bilik darjah
- Murid-murid pulang bersama ibu bapa / penjaga.

Sunday, May 18, 2014

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014




Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014


Tahun 1, 2 dan 3 :



Tahun 4, 5 dan 6:




Tahun 4, 5 dan 6:



Tahun 1, 2 dan 3:


Monday, April 14, 2014

Demonstrasi Bomba 2014






Lawatan Ahli Bomba ke SK Pusat Bukit Besar

15 April 2014

1. Dua orang ahli bomba teleh sampai ke sekolah pada pukul 8.30 pagi.

2. Loceng kecemasan panjang telah dibunyikan pada pukul 9.00 pagi.

3. Murid-murid berjaya berkumpul di tapak perhimpunan selepas 3 minit loceng kecemasan dibunyikan, Pada keseluruhannya, murid-murid berjalan dengan tertib, cuma ada segelintir murid yang ghairah dengan dengan program ini , berlari-lari, perbuatan ini sepatutnya dielakkan, kita hanya dikehendaki berjalan sahaja apabila berlaku kecemasan, Jangan sesekali panik. Bertindak secara tenang dan bijak.

4. Pertunjukan memadamkan api tamat pada pukul 10.15 pagi.

5. Pesanan ahli-ahli bomba : 

-5.1. Guru-guru mesti memastikan semua muridnya selamat keluar dari kelas, guru merupakan orang terakhir keluar dari kelas sekiranya berlaku kecemasan, bukan tergesa-gesa keluar dari kelas bersama murid-murid. Ketua kelas mesti beratur di hadapan , sementara penolong beratur di belakang barisan. Segala kehilangan murid-murid mesti dilaporkan segera kepada guru.

-5.2 Nombor telefon balai bomba Kuala Terengganu 09-6234444, merupakan nombor telefon 'direct line'. Mangsa-mangsa kecemasan , kebakaran boleh menghubungi ahli secara terus ke balai bomba Kuala Terengganu.

















Jangan sesekali berdiri menghadap arah tiupan angin, asap akan bergerak mengikut arah angin. Bagaimana anda mengetahui arah tiupan angin ?

Senang sahaja, lemparkan rumput kering ke udara, ke mana rumput kering itu ditiup, arah itulah yang akan dibawa angin bersama asap yang berkepul-kepul naik ke udara.

Ingat, semasa berlaku kebakaran, asaplah yang membunuh mangsa dahulu. Budak yang meniarap dan merangkak itu betul tindakannya, kerana dia tahu udara yang berdekatan dengan tanah, lantai atau simen adalah lebih segar dan kurang dicemari asap. 


Cikgu Saemah cuba memadamkan api.

























Lakonan simulasi sahaja, Mr. Goh memarahi murid-murid yang bertindak keluar dari kelas tanpa memberitahu guru, mereka bersahaja keluar dari kawasan sekolah, membeli-belah dan merayau-rayau, kehilangan mereka menimbulkan kecoh dan masalah besar terutama dalam masa kecemasan.









Pautan Youtube berikut menerangkan dan menunjukkan secara amali kaedah CPR,
yang mungkin anda gunakan untuk orang yang memerlukan.






CPR , Cardiopulmonary resuscitation, atau dikenali sebagai  Resusitasi kardiopulmonari - Wikipedia Bahasa Melayu, iaitu suatu prosedur kecemasan yang dilakukan dalam usaha bagi mengekalkan secara manual fungsi otak sehingga langkah selanjutnya dapat dilakukan bagi mengembalikan aliran darah dan pernafasan secara spontan pada seseorang yang jantung berhenti berdengup.



Langkah-langkah CPR secara ringkas boleh dipelajari secara online melalui
https://depts.washington.edu/learncpr/quickcpr.html