Cikgu Goh bercakap berkenaan dengan bencana gempa bumi.
Murid-murid dimaklumkan semasa kecemasan gempa bunyi
loceng kecemasan tidak dibunyikan, dan murid-murid tidak perlu beratur
dan turun ke tapak perhimpunan, murid-murid
sendiri yang merasa gegaran bumi yang sekejap-kejap atau berpanjangan akan mengambil
tindakan sewajarnya.
Apabila berlaku alamat-alamat sedemikian, semua orang mesti mencari buku tebal untuk
menutup kepala dan berlindung di bawah meja.
Murid-murid perlu menunggu sehingga penyelamat datang.
Atau sehingga keadaan menjadi reda.
baru keluar dari bahagian bawah meja dan berhati-hati berjalan ke tempat selamat.
Berjaga-jaga dengan serpihan-serpihan kaca atau benda-benda tajam di atas lantai.
Jauhkan diri daripada tingkap dan almari-almari yang mungkin akan runtuh menimpa badan.
Jauhkan diri daripada sumber-sumber elektrik yang merbahaya.
Latihan Kecemasan 1.0 Tahun 2015 berjaya dibuat pada 2 Ogos 2015 , Masa 10.25 pagi-10.45 pagi.
Goh Moh Teng, [02.08.15 10:43]
Murid-murid mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk berkumpul di tapak perhimpunan. Keadaan terkawal.
Goh Moh Teng, [02.08.15 10:44]
Cuma seorang murid Tahun 1 yang terjatuh melutut kerana keghairahan, berlari-lari.
Goh Moh Teng, [02.08.15 10:46]
Ada guru-guru mencadangkan supaya masa latihan kebakaran ini diubah kepada 9 pagi kerana murid-murid tahap 1 sedang makan di kantin, dan mentari yang agak terik pada masa 10.30 pagi.
Goh Moh Teng, [02.08.15 10:47]
Walau bagaimana pun, murid-murid sepatutnya dilatih meninggalkan apa-apa sahaja untuk bergegas ke tapak perhimpuanan masa loceng kecemasan dibunyikan.
Goh Moh Teng, [02.08.15 10:48]
Latihan kecemasan 2.0 2015 akan diadakan dalam masa beberapa hari lagi. harap maklum.
Murid 2 IS yang tersungkur jatuh, sedikit luka dilutut sahaja. Cikgu Wan Rohayu telah merawatnya.
Murid-murid dilatih semula di dalam kelas.
No comments:
Post a Comment