Monday, August 17, 2015

perkataan perkataan yang berakhir dengan kal

akal 1. budi, fikiran: ceritanya termakan oleh ~; 2. daya upaya, ikhtiar; menjalankan bermacam-macam ~ menjalankan bermacam-macam ikhtiar; 3. muslihat, tipu daya: itu ~nya sahaja; ~ budi fikiran yg sihat; ~ bulus = ~ kancil = ~ keling = ~ ubi tipu muslihat yg licin; ~ dua jengkal berasa diri sama dgn orang lain; ~ geladak tipu muslihat yg jahat; ~ melintas fikiran yg mendatang; ~ sari sl satu hari nanti; ~ sejengkal berasa diri lebih drpd orang lain; ~ tiga jengkal berasa diri kurang drpd orang lain; ~ akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah dlm bersoal jawab; ~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba prb tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna; ilmu dan ~ dihalai-balaikan itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah menyelidiki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan; lubuk ~ tepian ilmu prb dikatakan kpd orang yg pandai; akal-akal pura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah; seakal; ~-akal = ~ budi = sebudi ~ sekuat-kuatnya, dgn segenap tenaga dan fikiran; berakal mempunyai akal (fikiran), cerdik (dapat berfikir), pandai mencari akal (ikhtiar): manusia ialah makhluk yg ~; mengakali 1. mencari akal (ikhtiar) utk melakukan sesuatu: diakalinya agar dapat mengahwini puteri itu; 2. menipu, memperdaya: tidak baik ~ cikgu; mengakalkan mencarikan ikhtiar (daya upaya); terakalkan dapat difikirkan oleh akal: apakah yg diliputi dan yg ~? 
bakal 1. seseorang yg akan menjadi atau dijadikan (isteri, suami, presiden, ketua, dll), calon: ~ suami; 2. akan, hendak: seminar yg ~ diadakan di DBP; 3. Jw untuk, buat: wang ~ beli pakaian; membakalkan mengerjakan pd tingkatan yg awal sekali, membuat bentuk yg kasar (dahulu), merancang; pembakalan perihal membakalkan. 

bangkal sj tumbuhan (pokok), mertas (kuning), pompom paya, Ctenolophon parvifolius. 

basikal sj kenderaan beroda dua yg ditunggang dgn mengayuh pedalnya; berbasikal menunggang 
basikal: budak itu ~ ke sekolah. 

bekal 1. persediaan yg dibawa dlm perjalanan (spt makanan, wang, dll): menyediakan ~ utk musim sejuk; 2. segala yg mungkin berguna pd masa depan: ilmu dicari utk ~ hidup; berbekal mempunyai bekal, membawa bekal: ia datang ke mari ~ pakaian di badan; berbekalkan mempunyai sesuatu sbg bekal: ~ ilmu di dada; membekali memberi bekal kpd: anak itu dihanyutkan di dlm sebuah perahu, dibekali dgn sepucuk surat dan loket tergantung di lehernya; membekalkan memberikan bekal, menyediakan sesuatu sbg bekal: sebelum berangkat, air tambahan mesti dibekalkan; bekalan benda-benda yg dipakai (disediakan) sbg bekal, (benda-benda) persediaan: ~ makanan hanya sebanyak yg terlarat dibawa; bekal-bekalan bermacam-macam bekal; perbekalan bekalan;  pembekalan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membekalkan: ia menghentikan ~ makanan utk masyarakat kota; pembekal orang yg memberi (menyediakan) bekal: pasukan ~; ~ modal orang yg memberi modal. 

bengkal I; kebengkalan tercekik (oleh makanan). 

bengkal II; ~-bengkil benggal-benggil. 

biofizikal bkn biofizik: aspek-aspek ~. 

bungkal 1. = bungkalan bongkah, gumpal: ~ tanah liat; 2. anak timbangan, timah dll pemberat jala: ~ jala; 3. sukatan berat (emas dll) yg bersamaan dgn 16 mayam atau 53.9 gram: emas se~; ~ genap menahan cuba, emas baik menahan uji prb keutamaan sifat seseorang dapat dicuba dan diuji; mengambil ~ kurang prb berasa tersinggung oleh perkataan orang. 

cakal; ~ bakal Jw orang yg mula-mula membuka kampung. 

cekal I = ~ hati tetap (teguh) hati, tahan menderita, tabah: hatinya makin bertambah-tambah tetap dan ~; mencekalkan; ~ hati menjadikan hati cekal, menabahkan hati; kecekalan ketabahan (keteguhan, ketetapan) hati. 

cekal II †; mencekal 1. mencekau; 2. menangkap (orang, pencuri, dll). 

cengkal I Jw ukuran panjang yg bersamaan dgn 12 kaki atau 3.66 meter, tombak. 

cengkal II Jw penongkat kain yg dipakai oleh kanak-kanak yg dikhatankan. 

cukal sj tumbuhan (herba yg hidup di tempat-tempat basah), Hygrophila phlomoides. 

dangkal I 1. tidak dalam (bkn perigi, sungai, dll), cetek, tohor: sungai yg ~; 2. tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yg mendalam (tentang sesuatu), tidak luas atau tidak dalam (bkn pengetahuan seseorang), cetek: saya tidak berani mengatakan yg dia ~ dlm hal tersebut; pemikiran yg ~; pengetahuan yg ~ tentang politik; mendangkalkan 1. menjadikan dangkal (tidak dalam), mencetekkan; 2. memandang (menganggap) dangkal; kedangkalan perihal dangkal: memang ternyata ~ pemikiran itu. 

dangkal II Jk 1. keras mengkal (dan busuk di dlm, bkn buah-buahan); 2. tidak subur (bkn tanah), kering (tidak berair), usang; 3. ki keras hati, kurang sopan; 4. ki alang kepalang, terbengkalai (bkn pekerjaan dll); dangkalan; sial ~ sial sekali, sangat sial. 

fiskal 1. pegawai kehakiman (lebih rendah drpd jaksa); 2. bkn kewangan atau hasil pendapatan  kerajaan (spt cukai dll).  

fizikal 1. bkn badan, jasmani: latihan ~; 2. bkn kebendaan atau keadaan alam semula jadi:  geografi ~.  

hipotetikal (hipotétikal) bersifat hipotesis. 

ikal (bkn rambut) berkelok-kelok atau berombak-ombak: rambutnya ~, lebat dan hitam; ~ mayang spt mayang mengurai;  mengikal menjadi ikal;  mengikalkan menjadikan ikal. 

interlokal antara dua atau lebih tempat (perhubungan dll).

jakal sj anjing hutan yg berbulu kuning, Canis aureus.

jengkal I jarak antara hujung ibu jari dgn hujung jari yg lain: ~ kelengkeng; ~ manis; ~ hantu; ~ telunjuk;  cakapan se~ dibawa sehasta prb perkara yg kecil diperbesar-besarkan; yg se~ tiada dapat jadi  sehasta prb kalau nasib sudah tidak baik, betapa pun diusahakan tentu tidak akan berjaya;  menjengkal mengukur dgn jengkal;  ~ dada mengecilkan keberanian (kebolehan dll) orang lain; ~ muka menghina (menjatuhkan  martabat dll) orang. 

jengkal II; bunga ~ sj tumbuhan (pokok memanjat yg berbunga putih), akar cina putih, akar orang merah, Neuropeltis racemosa. 

jungkal Jk; menjungkalkan 1. menggulingkan; 2. ki mengalahkan, menjatuhkan; terjungkal terguling, terjatuh; ~ balik terguling-guling. 

kal † ukuran banyak (beras dsb) yg sama dgn cupak.

kekal tetap ada berterusan (utk sepanjang masa), tidak hapus (luput, hilang, berubah, dsb), abadi: berusaha utk mewujudkan keamanan yg ~; kasih yg tidak ~; iman yg sempurna dan pekerti yg  baik itulah yg ~, disebut orang selama -lamanya; dunia (alam) yg ~ akhirat;  ~ abadi kekal utk selama-lamanya; ~ karar kekal serta aman tenteram; tidak ~ bunga dikarang  prb perihal kekayaan (kemuliaan, kasih) yg tidak lama wujudnya;  berkekalan sentiasa ada atau berterusan (tidak hapus, hilang, berubah, dsb utk sepanjang masa  atau lama sekali), berlanjutan (utk selama-lamanya): Quran kemudian ditulis dlm bentuk  sebuah kitab yg ~ hingga hari ini; oleh sebab keadaan darurat berlanjutan, ~lah perintah  berkurung yg dikenakan itu;  berkekalkan sl = mengekalkan;  mengekalkan menjadikan kekal, menjaga (memelihara, membiarkan) supaya berlanjutan (tidak  hilang-hilang atau berubah-ubah dsb): ~ keamanan di dunia; ~ peraturan yg ada sekarang; 

kerakal batu kerikil yg agak besar -besar, batu yg digunakan utk melapisi jalan dll; hukuman ~ hukuman kerja berat (orang yg dihukum disuruh memecahkan batu, membuat jalan, dll);  mengerakali melapisi jalan dll dgn kerakal. 

kerikal sl sj pinggan besar atau talam yg berkaki (dibuat drpd logam dll): apabila utusan datang atau pergi, ceper dan ~ dibawa hamba raja dr dalam. 

klasikal Id; pengajaran ~ pengajaran beramai-ramai (dlm sebuah kelas).

klinikal 1.bkn rawatan perubatan: gambaran ~ tentang ciri-ciri gangguan psikiatri di kalangan kanak-kanak dan remaja; 2. bkn pemikiran (kajian) yg logik dan kritis (tanpa memihak kpd  sesiapa): hasil penyelidikan ~ terhadap 36 orang pengarang dapat ditemukan beberapa  kesimpulan penting. 

kritikal 1. menunjukkan atau mungkin menimbulkan krisis, boleh atau mungkin menerbitkan kegentingan: ancaman terbesar terhadap ekologi dunia sekarang ialah pemusnahan hutan pd  kadar yg ~ serta membimbangkan; 2. bersifat mengkritik, mengandungi kritikan (terhadap  sesuatu atau seseorang): beberapa buah akhbar Soviet telah menyiarkan surat-surat yg agak ~  terhadap penglibatan negara itu utk menegakkan sebuah pemerintahan sokongannya di Kabul. 

leksikal (léksikal) (Lin) bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa; makna ~ makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). 
lokal IB setempat.

marsekal Id marsyal.

matrilokal (Ant) sistem perkahwinan yg menetapkan bahawa pasangan pengantin tinggal di tempat kediaman keluarga isteri: sistem adat perpatih bercorak ~. 

mekanikal (mékanikal) 1. berhubung dgn jentera (mesin dll); 2. secara atau spt gerakan mesin atau jentera (tidak menggunakan fikiran). 

motosikal sj kenderaan beroda dua yg dijalankan dgn enjin.

muwakal Ar orang yg diserahi tugas mengurus sesuatu perkara, wakil.

muzikal berharmoni, merdu: keindahan bunyi yg ~.

nakal 1. suka melakukan sesuatu yg dilarang spt mengganggu dll (terutama kanak-kanak), tidak menurut kata: Nadan memang ~, kadang-kadang dia mencuri duit ayahnya; 2. buruk  kelakuannya, jahat: isterinya yg ~;  menakal nakal atau jahat kelakuannya, berkelakuan nakal;  menakali membuat 
nakal kpd, mencerobohi, mengganggu (orang); ~ isteri orang mengganggu  isteri orang;  kenakalan perihal nakal, kejahatan: risau ia melihat ~ anaknya. 

pakal benda (tali, kulit kayu, dll) yg digunakan utk menutup celah-celah papan (perahu dll), galagala, gegala;  memakal menutup celah-celah papan (perahu dll) dgn pakal; 

pemakal 1. alat yg digunakan utk memakal; 2. orang yg memakal;

pangkal 1. bahagian permulaan (pokok, tongkat, dll), lwn hujung: buah kelapa keluar bertandantandan di ~ pelepahnya; Haji Maun menggigit-gigit ~ cerut; 2. permulaan, awal: pergerakan  kebangsaan itu telah bermula pd ~ abad kedua puluh; 3. asal, mula, sebab: Ramli menjadi ~  sebab drpd perbuatan-perbuatan wanita itu; hujung ~ sebab-musababnya (permulaan dan  keputusannya dll); 4. modal; wang ~ a) wang modal; b) yuran masuk menjadi ahli (persatuan  dll);  ~ bahu bahagian bahu dekat leher; ~ bedil tangkai atau gagang bedil; ~ cerita pokok (dasar)  cerita; ~ hidung bahagian sebelah atas batang hidung di antara mata; ~ jalan a) permulaan  jalan; b) ki keadaan (kelakuan dll) yg mula-mula; ~ kata a) kata pokok, kata dasar; b)  permulaan percakapan; ~ kaki bahagian di atas kaki (kuda); ~ leher leher di sebelah bawah; ~  lengan lengan sebelah atas di bawah bahu; ~ mata bahagian mata berhampiran hidung; ~ nama  Id nama benar (bukan nama keluarga dll); ~ paha paha sebelah atas; ~ pedang hulu (tangkai)  pedang; ~ pokok = pokok ~ sesuatu yg menjadi sebab (pokok, punca) percakapan (perbuatan  dll); ~ rumah bahagian rumah di sebelah atas tangga; ~ tangan bahagian tangan di bawah siku;  ~ telinga bahagian di antara telinga dan kepala; si ~ = si ~ helat Mn tuan rumah (penerima  tetamu);  berpangkal bermula, berasal, berpunca: sering terjadi ketegangan di rumah itu ~ drpd adanya  perbezaan pendirian antara keluarga; tidak berhujung, tidak ~ tidak tentu atau tidak keruan  sebab-musababnya (permulaan dan kesudahannya dll);  memangkal, mangkal Jk berhenti di sesuatu tempat yg tertentu (teksi dll);  memangkalkan 1. menyimpan perahu dll di darat; 2. menempatkan tentera (kapal terbang dll) di  pangkalan; 3. mengumpulkan (menaruh) barang-barang di suatu tempat (utk diangkat dll);  terpangkal pokoknya, modalnya; menjual ~ menjual dgn tidak ada laba; 

paradoksikal bkn bersifat paradoks, yg bertentangan: secara ~ dapat dikatakan bahawa walaupun masyarakat lama mempunyai kemungkinan-kemungkinan yg jauh kurang, tetapi pd  keyakinan orang dahulu kala, yg mungkin itu seolah-olah tidak terbatas. 

pengkal (péngkal) † pingkal.

pingkal Jw; terpingkal-pingkal tertawa gelak-gelak (kial-kial).

piskal IB pegawai pengadilan yg tugasnya mendakwa, sj pendakwaraya.

praktikal 1. melibatkan atau berkaitan dgn pengalaman atau penggunaan sebenar, bukan teoretikal; 2. sesuai utk digunakan: langkah-langkah ini dianggap lojik lagi ~. 
pukal 1. bongkah, gumpal, ketul (emas dll); sepukal segumpal, sebongkah; emas ~ emas sebongkah, emas kimpal, emas tampan; keris ~ a)  keris ganja iras; b) keris yg lurus matanya atau bilahnya (bukan keris yg berlok); taat setia yg ~  taat setia yg tidak berbelah bagi; 2. Kd bernas, tepat; jawapannya ~ jawapannya bernas (tepat);  memukal menjadikan pukal (bongkah, gumpal, ketul): ~ emas. 

radikal 1. secara menyeluruh (tidak sedikit-sedikit atau terbatas), secara yg menjejaskan (mengubah dsb) aspek atau sifat asas sesuatu: perubahan yg ~ dlm adat resam sosial, politik,  ekonomi, dan estetik; manusia boleh berubah dgn ~; 2. memperjuangkan (menyokong atau  cenderung kpd) perubahan-perubahan dasar pd bidang atau keadaan politik (ketatanegaraan,  ekonomi, sosial, dll): parti yg akan dibentuknya itu berhaluan lebih kiri drpd UMNO sekirakira  dapat mempengaruhi golongan ~ dlm parti itu; 3. = ~ bebas (Kim) atom atau kumpulan  atom yg mempunyai elektron luar yg tidak berpasangan, lazimnya sangat reaktif;  meradikalkan menjadikan sesuatu radikal: proses ~ garis perjuangan pragmatis kesatuan  sekerja yg tradisional;  keradikalan perihal (sifat) radikal: tidak ada seorang pun yg melebihi pengalamannya dan tidak  ada pula yg melebihi ~nya. 

rekal (rékal) rehal.

sabatikal (di universiti-universiti tertentu dsb) tahun (penggal, jangka masa) yg bebas drpd mengajar yg diberikan kpd pensyarah (pengajar) utk tujuan melanjutkan pelajaran, membuat  penyelidikan, dsb. 

sakal I; angin ~ angin yg bertiup dr haluan perahu.

sakal II pukul, bantai; kena ~ kena pukul; samun ~ menyamun serta menganiaya; menyakal memukul, membantai: aku mesti sakal kepala engkau kali ini; sakar II. 

sangkal bantah: “Tidak, itu tidak benar sama sekali”, ~nya; bersangkal 1. tidak menurut atau mengikut (perintah dll), mengabaikan (pekerjaan, tugas, dll):  mengapa maka engkau ~ pula akan pekerjaanmu itu? 2. tidak mengaku, berdalih, berdusta:  walaupun bukti-buktinya sudah nyata, tetapi dia tetap juga ~ di hadapan tuan hakim;  menyangkal 1. tidak mengakui (kebenaran, kenyataan, dll), tidak mengiakan: pegawai itu telah ~  berita yg mengatakan ia akan berhenti; 2. membantah, melawan, menentang, menolak,  menyanggah: selama ini tulisan-tulisan orientalis Barat tidak pernah disangkal orang; 

sengkal kayu palang (baluk) yg dipasang melintang perahu.

singkal sungkal. 

skeptikal (sképtikal) waswas, kurang percaya, ragu-ragu.

sungkal; ~ bajak mata bajak, nayam; menyungkal membalikkan tanah dgn sungkal, membajak, menenggala. 

takal alat berupa roda-roda kecil yg diberi bertali atau berantai (utk mengangkat barang berat), kapi, kerek. 

tangkal _bererti penangkal sesuatu yg digunakan utk menolak bala (penyakit, hantu, jin, dll), azimat: ~ bisa; ~ jin; ~ sawan;  ~ sehari bulan azimat yg berbentuk bulan sabit (drpd emas, perak) yg digantungkan di leher  kanak-kanak; ~ petir besi pd bumbung rumah dll yg dihubungkan dgn kawat ke tanah utk  menjauhkan bahaya petir;  menangkal menolak bala (hantu, jin, penyakit, dll) dgn azimat dll: pisau dicabut dan Tun Mudim  ~ dan menjampi. 

tawakal berserah kpd Tuhan setelah berikhtiar, percaya dgn sepenuh hati kpd Tuhan (dlm penderitaan, kesusahan, dll): fikirannya menjadi amat sabar, ~ dan menyerah; habis akal baru  ~ sesudah dijalankan ikhtiar (dan jika tidak berjaya) barulah berserah kpd Allah;  bertawakal berserah kpd Tuhan setelah berikhtiar, tawakal: manusia hanya perlu berusaha,  bersabar dan ~, pesan Ustaz Aminudin;  ketawakalan keadaan tawakal: hal tersebut diandaikan sbg suatu ~ kpd kekuasaan Allah. 

tekal 1. tidak berubah-ubah halnya atau keadaannya, tetap, konsisten; 2. sesuai, selaras sepanjang masa; 3. ki teguh, tetap berpegang pd pendirian, pendapat, dll;  ketekalan keadaan tekal, konsistensi: ~ tiga ilmu yg sudah ada penting utk menentukan  penerimaan mendidik generasi muda. 

teknikal (téknikal) 1. (yg) berkaitan dgn pelaksanaan sesuatu kerja dsb (tidak dgn aspek-aspek atau perincian kerja itu sendiri): pelancaran skim itu terpaksa ditangguhkan kerana masalah  ~; 2. (yg) berkaitan dgn sesuatu bidang pengetahuan yg tertentu: perkataan ~; istilah ~. 

teoretikal (téorétikal) berdasarkan teori (tidak pd pengalaman atau amalan), teoretis.

tikal sj wang Siam yg kecil nilainya.

tingkal; garam ~ sj garam habluran berwarna putih yg dapat larut dlm air (digunakan utk pateri), boraks. 

tipikal bersifat spt yg lazim terdapat, merupakan contoh sesuatu jenis (golongan dsb), biasa: tokoh Pantalone yg secara ~ mewakili saudagar yg kikir. 

tukal I ukuran banyaknya benang (1 tukal _bererti 16 rian, 16 tukal _bererti 1 bantal).

tukal II Kd tugal.

tukal III Tr sj labu yg tebal isinya dan berwarna kuning.

ungkal tidak mahu menurut, keras kepala, degil: jika terdapat orang-orang itu disuruh halau, dan jika ~, ditangkap. 

vertikal tegak lurus dr atas ke bawah atau sebaliknya.

vokal 1. = ~ tulen (Lin) huruf hidup atau huruf saksi (a, e, é, i, o, u); 2. lantang bersuara, berani menyuarakan pendapat, perasaan, dsb dgn terus terang: suara beberapa orang drpd golongan  minoriti yg ~ boleh mempengaruhi majoriti yg berdiam diri;  bervokalkan mempunyai sbg vokal: saya menganggap suku-suku kata yg ~ a,i,u merupakan asas  utama dlm mengenali lambang bacaan bahasa Inggeris. 

No comments:

Post a Comment