Monday, February 9, 2015

Kejohanan Ping Pong MSSDKTS 2015

Laporan ini dibuat oleh Cikgu Goh Moh Teng, selaku jurulatih ping pong sekolah.
Kejohanan ini diadakan pada 3-4 Feb 2015, masa 2.00pm. bertempat di dewan SMK Chendering. Pertandingan terbuka kepada semua sekolah daerah KTS, dengan sistem kalah-mati, Hanya acara 4 Lelaki dan 4 Perempuan diadakan.


1. Guru Pengerusi Teknikal SMK Chung Hwa Wei Sin : Cikgu Amri Bin Salleh
019-9192404, email amri.salleh@yahoo.com fax 09-6203736
2. Guru Pengelola dari SMK Chendering : Cikgu Abdul
3. Guru Pembantu Pengelola dari SK Chendering : Cikgu Razak

Kaedah pendaftaran adalah melalui penghantaran email kepada Cikgu Amri dengan menyatakan nama penuh , nombor surat lahir / kad pengenalan peserta-peserta mengikut  turutan (1=pemain pertama terbaik, 4=pemain ke-empat terbaik)

Tiada yuran dikenakan kepada penyertaan sekolah-sekolah. Walau bagaimana pun, RM5.00 sebagai sumbangan ikhlas telah diberikan kepada urusetia dan disalurkan untuk makan minum pelajar-pelajar SMK Chendering yang bertugas sebagai pengadil pertandingan nanti. 

3 buah meja diperuntukkan kepada pertandingan bawah 18 tahun, dan 3 buah meja ping pong diperuntukkan kepada pertandingan bawah 12 tahun.

Cadangan-cadangan yang sempat dikemukakan kepada pengelola kejohanan :

1. Pelajar-pelajar SMK Chendering diamanatkan membilang , atau bertindak sebagai pengadil , perlu melalui satu sesi orientasi dan penguasaan intensif kaedah pembilangan dan konsep-konsep asas kepengadilan mesti disampaikan oleh guru-guru ping pong yang berpengalaman.

2. Tag pengenalan sebagai tanda pengenalan dan sijil  diberikan kepada pengadil sebagai tanda penghargaan.

3. Scoreboard atau flipboard mesti disediakan , untuk membantu pengadil membilang dengan tepat, pada masa yang sama, sebagai alat penyampaian skor untuk penonton-penonton.

4. Bola ping pong tidak boleh digunakan dalam pertandingan kerana kualiti yang diragui. Pihak pengajur mesti menyediakan bola ping pong yang berkualiti , 3 bintang.

5. Keputusan pertandingan mesti dikemaskini dari semasa ke semasa untuk memaklumkan kepada guru-guru, pemain-pemain dan ibubapa dengan perkembangan terkini. Papan kenyataan tersebut mesti diletakkan di tempat yang strategik untuk bacaan umum.

Cadangan-cadangan seperti di atas sudah dikemukakan kepada pihak penganjur saban tahun, jawapannya tetap sama, 'kita kekurangan peruntukan, masa terlalu suntuk untuk tujuan ini, .."

Harapan tetap tinggal harapan...


Tarikh tutup pendaftaran = 29 Jan 2015 (Khamis)

Wakil-wakil Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar

PEREMPUAN BAWAH 12

1 AMIRAH 'AISYAH BINTI RAMLI  (NO.KP : 040721110012)
2 NUR AISYAH AUNI BT ARMAN (NO.KP : 041214110362)
3 NUR FARZLINA BT CHE RAMLI (NO.KP : 041014110624)
4 NUR FARAH SYAHIRAH BINTI ZULKIFLI (NO. KP: 040726110222)

LELAKI BAWAH 12

1 IMRAN  WAIZ BIN MOHD ROMZI (NO KP: 030320110039)
2 ARIF DANIAL BIN ARMAN (NO. KP: 030501140263)
3 AHMAD A'TIF NU'MAN BIN MOHD AZHAR (NO. KP: 030527110159)
4 ASHFAQ SHAMIM BIN SHAFFEI (NO. KP: 030816110673)

SIMPANAN :

1. MUHAMMAD YASIR BIN MOHD SHAFIE
040918110403
BH91409
TEL BAPA 0148168020
IBU 0148168010

2. FARIS IRFAN BIN ASMADI
040102110101
BG18346
TEL. AYAH0199145300
TEL IBU 0199045300


Perkembangan terkini :
3 Feb 2015
Waiz Imran dan Arif Danial berjaya masuk ke peringkat separuh akhir pertandingan Badminton MSSDKTS, dan masa pertandingan seterusnya bertembung dengan kejohanan ping pong hari ini.
Mereka akan digantikan oleh pemain-pemain simpanan Faris Irfan dan Yasir, sekiranya mereka tidak sempat ke tempat kejohanan SMK Chendering dalam masa yang ditentukan hari ini.



Foto yang diambil di sana sini:

Mesyuarat Kejohanan Ping Pong  , bertempat di bilik mesyuarat SMK Chendering.
Pada 27 Jan 2015 (Selasa) Masa : 2.00pm-3.30pm Tempat: Bilik Mesyuarat SMK Chendering





Perancangan Perjalanan:


Laporan ringkas perjalanan dan persediaan hari pendaftaran dan kejohanan.

-Perbelanjaan makan untuk seorang pemain berjumlah RM2.00 sahaja, dan setiap wakil sekolah dibekalkan dengan seketul ayam goreng yang berharga RM2.00. 
-Masa bertolak diawalkan pada pukul 12.15pm kerana pemandu bas sekolah hanya boleh membawa wakil-wakil sekolah dalam masa ini. 8 orang wakil sekolah dan Cikgu pengiring, Cikgu Anisah tiba di SMK Chendering pada pukul 12.45 pm. Persediaan awal menghadapi pertandingan telah pun dibuat, rehat, makan, minum dan bersolat di SMK Chendering. 

Sedikit catatan isi sanubari saya, selaku guru pembimbing  :

'It's a kind of happy moment for kids, kind of school excursion. Kids are actually fond of outdoor activities, escaped from the daily routine of writing and reading in the class room. The participations of district level competition have boosted their enthusiasm to become a well-rounded person, and it is also helped kindle their spirit to overcome any hurdles in life to come and excel in study.'    

'To win and lose are not the main goal in any programme being carried out, personally speaking, the chances and the experience of participation are more precious than any other things.'

-Pertandingan tamat pada pukul 5.30 pm, kerana penyertaan dari sekolah-sekolah yang amat menggalakkan tahun ini.

-Wakil-wakil sekolah ping pong tiba di pintu sekolah SKPBB pada pukul 6.00pm. Basah kuyup kerana hujan lebat.

Peraturan :
1. Baju T-shirt gelap sahaja, Warna putih dan kuning tidak dibenarkan sama sekali.


Hari Pertama Pertandingan :

Yasir dan Faris
Asfag dan Atie

Guru pengiring pasukan ping pong kita, Cikgu Anisah, yang penuh dedikasi, tidak beranjak dari medan pertempuran dan terus memberikan sokong fizikal dan moral. Terima kasih Madam Anisah.




Wakil-wakil jiran kita,  SJKCCHWS
Ceria dan semangat,


Auni kecundang kepada pemain ketiga SJKC CHWS
Farzlina kecundang juga.




Klip Video pemain-pemain sedang beraksi:
















Hari Kedua Pertandingan 
4 Feb 2015

Imran Waiz, yang menjadi seeded player (ayam tambatan) mengambil-alih peranannya dari Yasir sebagai pemain gantian.  Ashfaq tetap mara ke pusing seterusnya , suku akhir....











































Ashfaq berjaya menduduki tempat ke empat (Bermaksud Ashfaq ialah pemain kelima terbaik daerah Kuala Terengganu Selatan) dan tiada sebarang pingat untuk tempat ke-empat , kedudukan sedemikian tidak menyediakannya untuk mewakili daerah.



Post Mortem 

Renung-renungan selepas kejohanan kali ini.

1.  Kekuatan : - 

1.1 SKP Bukit Besar memang mempunyai murid-murid dan ibubapa yang sungguh 'supportive', Murid-murid bersemangat untuk menguasai kemahiran berping-pong kalau-kalau diberi peluang.
Penyelesaian / Ideas/ Cadangan : Menetapkan sesi latihan berkala sehari seminggu untuk semua pemain. Pemain-pemain perempuan mesti diletakkan pada hari yang berlainan dengan pemain-pemian lelaki.  Semuanya digalakkan hadir.

1.2 Satu jadual latihan akan ditentukan kelak, dicetak dan diedarkan kepada semua yang terlibat. Guru pembimbing akan memegang kunci dewan. Murid-murid tidak boleh berlatih sendiri tanpa kebenaran guru pembimbing ping pong dan kebenaran daripada ibubapa.

2. Kelemahan :-

2.1 Hanya satu meja ping pong sahaja yang digunakan.

Target, SKP BB mendapatkan meja ping pong yang kedua dan ketiga untuk sesi-sesi persekolahan yang akan datang.

2.2 Penggunaan dewan sebagai tempat latihan - mungkin akan mencacatkan dewan cantik kita ini dengan pemain-pemain yang tidak berdisiplin.

2.3 Penggunaan bat ping pong dan bola ping pong yang bermutu rendah. Pihak sekolah hanya dapat membekalkan bat ping pong dan bola ping pong yang biasa sahaja untuk latihan PJ dan sukan ping pong sekolah. Murid-murid yang dilatih dalam keadaan ini tidak akan mencapai kegemilangan.
Penyelesaian - Pihak sekolah membeli 4 bat ping pong berkualiti tinggi dan beberapa dozen bola ping pong gred 3 stars untuk pemain-pemain wakil sekolah, semasa latihan kumpulan elit.


Penyelesaian : Tetapkan peraturan bertulis; Be selective and focus on a few potential kids for future tournament as we are facing the hurdles of time constraint , limited space, tools and man-power.

2.2.1 Tidak boleh makan dan minum di dalam dewan.
2.2.2 Mengemas dan menyusun balik setup dewan seperti sedia kala setiap kali selepas latihan ping pong.
2.2.3 Hanya pemain-pemain yang ditapis sahaja dibenarkan hadir menyertai latihan sepanjang masa sepanjang tahun. Walau bagai pun, pemilihan pemain-pemain boleh dilakukan secara berkala , terbuka kepada semua murid SKPBB untuk datang mencuba nasib.


3. Peluang :-

3.1 Peluang untuk berjaya dalam sukan ping pong amat cerah sekali kerana budaya berping pong di kalangan sekolah-sekolah lain tidak sekuat sekolah kita. Murid-murid kita boleh berjaya kerana mereka memang menguasai semangat yang kuat dalam bidang sukan.

3.2 Memang terdapat ibubapa yang meminati sukan ping pong, tenaga mereka boleh dikerah, mereka akan dijempat bermain dan berlatih untuk kebaikan bersama. Sekolah mesti mempunyai meja ping pong yang secukupnya untuk tujuan ini. Walau bagai pun, meja ping pong boleh juga digunakan sebagai tempat menulis untuk sebarang bengkel yang dijalankan di dewan.

4. Ancaman :-

4.1 Memang tiada ancaman yang ketara, cuma keselamatan pemain-pemain sendiri semasa menunggu ibubapa selepas selesai latihan.  Masalah ini boleh diatasi dengan komunikasi yang jelas antara ibubapa-guru pembimbing ping pong serta pihak pentadbiran sekolah. Surat/Memo  berkaitan dengan jadual latihan mesti disampaikan kepada murid-murid, ibubapa dan pentadbir.



Budaya sukan ping pong cemerlang ke arah

Pendidikan berkualiti, Insan terdidik, negara sejahtera. 

No comments:

Post a Comment