Laporan ini boleh diakses melalui blog:
http://bukudanbola.blogspot.com/2015/02/pertandingan-scrabble-2015.html
1. Pertandingan Scrabble dijangkakan diadakan pada 28 Feb 2015 (Sabtu)
1.1 Jadual pertandingan telahpun diterima secara lisan daripada PKKO, bertarikh 2 Mar 2015 (Isnin) bertempat di SMK Sri Nilam, dekat Nirwana Supermarket.
1.2 Tempat pertandingan Scrabble telah pun diubahkan ke SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu,21300 Kuala Terengganu , Terengganu,Malaysia, 09-666 4214. Jam 8.30 pagi. bertarikh 2 Mar 2015 (Isnin)
2. Cikgu Anisah yang berpengalaman membawa peserta menyertai pertandingan Scrabble telah menyampaikan teknik-teknik pertandingan secara kasar kepada Cikgu Goh dan peserta-peserta.
2.1 Terbuka kepada murid-murid tahun 4,5 dan 6 sahaja.
2.2 Seelok-eloknya peserta-peserta terdiri daripada pelbagai keturunan dan latar-belakang.
2.3 Masa mengumpulkan 7 'tiles' = 10 saat.
2.4. Masa untuk menyusun tiles membentuk perkataan = 20 saat.
2.5 Pertandingan Scrabble ini adalah dalam pasukan 2 orang peserta dan mereka boleh berbincang.
2.6 Pasukan boleh 'challenge' pasukan lawan dengan perkataan yang disyaki salah ejaannya. Kejayaan cabaran 'challenge' ini menyebabkan pasukan lawan hilang satu 'turn'. Jika keadaan sebaliknya berlaku dan menyebabkan pasukan pencabar kehilangan satu 'turn'. Keputusan Veto 'Challenge' ini ditentukan oleh juri .
2.7 Sebanyak 20 langkah sahaja diadakan.
2.8 Jumlah maksimum tiles yang ada di atas rangka adalah 7.
3. Cikgu Anisah juga memberitahu, SK Pusat Bukit Besar boleh menambahkan bilangan Scrabble Set dengan bajet RM50 satu unit. Urusan pembelian boleh dibincang bersama PKKO, ketua panitia Bahasa Inggeris dan guru-guru yang mengendalikan aktiviti-aktiviti kelab Bahasa Inggeris. Pembekal yang bernama Encik Zul boleh dirujuk dengan maklumat yang terperinci berkenaan dengan set Scrabble.
Peta dan Kedudukan Tempat Pertandingan, SM Sains Sultan Mahmud.
2. Murid-murid yang telah dipilih mewakili sekolah ialah
2.1 AHMAD GHAZIR EZZAN BIN MOHD GHAZALI BC46014 030123110451
2.2 DZULFAN BIN MOHD NOOR 030430110195 BD81142
2.3 MUHAMMAD HAIQAL NAZRI BIN MOHD HASZAN 040816110269 E695253
Haiqal sebagai peserta simpanan.
Haiqal sebagai peserta simpanan.
2 Mac 2015 (Isnin)
Pertandingan bermula pada pukul 9.30 am selepas pendaftaran.
Taklimat oleh pengelola :
1. Terbuka kepada semua wakil murid dari semua sekolah rendah , dan pertandingan terbahagi kepada kumpulan sekolah-sekolah KTS (Kuala Terengganu Selatan) dan KTU (Kuala Terengganu Utara).
2. Pertandingan Scrable adalah dalam bentuk kalah-mati.
Peserta-peserta SKP Bukit Besar , Dzulfan dan Ghazir bertemu dengan SK Pulau Rusa dan kalah dalam pusing pertama.
Peserta-peserta tiba di sekolah semula pada pukul 12.00 tengah hari. Mereka telah dibawa oleh guru pengiring menjamu selera di gerai roti canai , Gong Badak.
Kekuatan
1. Permainan Scrabble adalah permainan yang amat senang dikuasai. Pemain hanya perlu mengetahui peraturan asas. Permainan riadah indoor ini amat sesuai dipraktis semasa perjalan aktiviti kelab Bahasa Inggeris dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kelas.
2. Budaya pertandingan dalaman sekolah boleh diadakan. Beberapa orang murid yang rajin membaca , umpamanya Anaqi (4iK, 2015) dan Syahmin (4iK, 2015) boleh membawa kecemerlangan kepada sekolah sekiranya mereka diberi peluang dilatih dan menyertai pertandingan.
Kelemahan
1. Peserta-peserta tidak mempunyai kosa kata yang secukup dalam Bahasa Inggeris.
Cadangan
- Memupuk penggunaan kamus di kalangan murid-murid. Mengadakan inisiatif menyediakan kamus Bahasa Inggeris yang berkualiti
No comments:
Post a Comment