Tuesday, February 10, 2015

Perkhemahan Pengakap Telaga Batin 2015

12 Feb 2015

Ustaz Mukhdi telah menghadiri meyuarat pada 10 Feb 2015 bertempat di Kem Telaga Batin.
Memutuskan tarikh perkhemahan ini pada asal ditetapkan pada 12-14 Feb 2015  ditangguhkan kepada 5-7 Mac 2015.

17 Feb 2015
PKKO Cikgu Wan Mariam, memaklumkan kepada semua guru pembimbing pengakap bahawa tarikh perkhemahan telah ditukarkan ke 26-28 Feb 2015, seminggu selepas cuti Tahun Baru Cina.

24 Feb 2015
Surat kebenaran ibubapa dan taklimat ringkas telah pun disampaikan kepada peserta-peserta kursus, yang telah dipilih oleh Cikgu Goh, Ust. Arif dan Ust. Muqdi



Bil Nama Peserta Kursus Gangsa SKP Bkt Besar :

1 MUHAMMAD AFFAN IZDIHAR BIN HASAN AZHARI
2 AHMAD MUSTAQQIM BIN AZMAN
3 ASHFAQ SHAMIM BIN SHAFFEI
4 DZAQWAN BIN MOHD NOOR
5 FARIS IRFAN BIN ASMADI
6 MUHAMMAD NUR HAFIZUDDIN BIN MOHD ROSLI
7 IMRAN  WAIZ BIN MOHD ROMZI
8 AHMAD FARIS FIRDAUS BIN KAMALUDIN
9 MUHAMMAD DANISH HAKIM BIN MOHD FAEIZ
10 WAN AIMAN HAKIM BIN WAN MOHD LUTFI
11 MUHAMMAD HASIF BIN AHMAD SUHAIMI
12 AMIRUL HAKIMI BIN CHE MOHD KHAIFIYAH
13 WAN MUHAMMAD ARIF BIN WAN AZAMUDDIN
14 AHMAD A'TIF NU'MAN BIN MOHD AZHAR
15 AHMAD GHAZIR EZZAN BIN MOHD GHAZALI
16 DZULFAN BIN MOHD NOOR
17 MUHAMMAD FARHMAN ILMI BIN CHE RAMLI
18 MUHAMMAD FARIS AIMAN BIN YUSMIZAN
19 ADAM DANIEL BIN SAIFUL AFZA
20 SYED MUHAMMAD AQIL AZIM BIN SYED SUKRI

* AHMAD GHAZIR EZZAN BIN MOHD GHAZALI menarik diri pada saat-saat akhir dan tempatnya telah digantikan oleh MUHAMMAD SYAHMI AQIL B. A ZULKARNAIN (6iK) BD82002. En. Ahmad Zulkarnain, bapa kepada Syahmi memberikan kerjasama yang baik dengan menyediakan kelengkapan berkursus dalam masa yang singkat. Beliau berinisiatif menghantar anaknya ke tapak perkhemahan dan sempat didaftarkan bersama peserta-peserta yang lain.

MUHAMMAD SYAHMI AQIL B. A ZULKARNAIN (6iK)  adalah ahli berdaftar persatuan pengakap Malaysia.




Sehingga sekarang, tiada seorang peserta menarik diri.


25 Feb 2015
7.15am - Satu mesyuarat ringkas secara berdiri dalam bulatan telah diadakan selepas doa pagi di tapak perhimpunan, dihadiri oleh Ustaz Mukhdi, Ustaz Arifuddin, PKKO Wan Mariam, Hidayah (Minta diri kerana membawa peserta ke aktiviti Nilam) , Alisa, Goh dan empat orang guru pelatih : Arif, Iqram Syawal, Siti Idora dan Munirah.

Perkara-perkara yang diperbincangkan.

1. Pengangkutan , pesera-peserta akan pergi dengan kereta bersama beberapa orang guru pengakap,

2. Makanan - akan ditempah oleh PKKO dan seorang caterer akan menghantar makanan mengikut jadual yang diberikan.

3. Minuman -Ust Muqli, akan memastikan air mineral secukupnya dibawa bersama.

4. Khemah- Ust Muqli dan Arif, sebanyak 6 khemah akan dibawa bersama, sehelai flysheet akan dibawa bersama.
Khemah lipat yang besar itu tidak dapat digunakan kerana patah besi gandarnya.

5. Alatan :
5.1 lampu dan wiring.- Goh, akan bawa bersama dan dipasang pada sebelah petang 5.30 pm , Hari Khamis , 26 Fen 2015.
5.2 Alat dapur - Alisa telah mengumpulkan segala alatan khemah di bilik Sainsnya, sedia diangkut. Beliau akan menyediakan senarai semak untuk alatan dan kelengkapan khemah.

6. Tapak perkhemahan - Cikgu Alisa telah mendapatkan bantuan seorang guru pengakap dari SK Bukit Guntong, Cikgu Kamal untuk 'booking' / menanda tapak perkhemahan pada 24 Feb 2015 (Selasa) dan Cikgu Goh dan Ust Muqdi akan memacakkan sepanduk sekolah pada hari Rabu lepas sekolah , 25 Feb 2015 (Rabu).

7. Peserta dikehendaki membayar RM25.00 (Merangkumi yuran pendaftaran RM12.00+Makan Minum selama 3 hari 2 malam) . Sekolah akan menampung segala perbelanjaan yang selebihnya.

8. Sembahyang hari Jumaat, ust Muqli dan Arifuddin akan membimbing peserta-peserta menunaikan sembahyang Hari Jumaat.

9. Bermalam bersama peserta-

Ust. Muqli - Malam Khamis  26 Feb 2015
Ust Arifuddin - Malam Jumaat - 27 Feb 2015

10. 4 orang guru pelatih ; Cikgu Arif dan Cikgu Syawal akan bermalam bersama dengan peserta kursus setiap malam (Khamis dan Jumaat). Cikgu Munirah dan Cikgu Siti Idora akan menolong sepanjang masa, difikirkan perlu , untuk urusan harian peserta-peserta.



25 Feb 2015 (Rabu)
Ust. Arifuddin dan Cikgu Goh telah pun menyampaikan taklimat kepada peserta-peserta pada pukul 11.00 pm- 11.45pm.

Kandungan taklimat merangkumi

- Pakaian T-shirt sekolah semasa bertolak.
-Berpakat membawa ubat nyamuk, makanan biskut, minyak angin, lampu suluh.ubat gigi, baldi, gayung, tikar,
-Peserta-peserta diingatkan membawa tali simpulan, pakaian seragam lengkap, baju sembahyang, buku log. baju-T pengakap.
-Jangan merungut dan mengamuk, peserta harus berbincang sesama sendiri atau kumpulan sekiranya wujud sebarang kemusykiran yang ketara, contohnya makanan basi, serangga berbisa dan ancaman yang boleh mendatangkan kemudaratan;
-Dugaan tempat mandi, buang air dan tidur yang mungkin tidak selesa berbanding dengan rumah sendiri. Ini adalah cabaran dan dugaan yang harus diatasi oleh pengakap yang berjaya. Berkhemah adalah tidak sama dengan berehat-rehat di rumah sendiri.
-Bawa selipar dan kasut sukan.
-Peserta-peserta dibenarkan membawa telefon bimbit murah sahaja (untuk komunikasi telefon dan sms sahaja), sebaik-baiknya telefon murah dibisukan sepanjang masa. Peserta hanya boleh menggunakan telefon semasa rehat .
- Telefon pintar dilarang.

26-5-15 (Khamis)
AHMAD GHAZIR EZZAN BIN MOHD GHAZALI menarik diri dan tempatnya telah digantikan oleh MUHAMMAD SYAHMI AQIL B. A ZULKARNAIN (6iK) BD82002.





Lawatan awal
Cikgu Goh telah melawat tapak perkhemahan sehari sebelum pendaftaran, 25 Feb 2015 (Rabu) 3.30 pm.
Berikut adalah gambar-gambar foto yang diambil bagi memudahkan pencarian oleh guru-guru dan pelawat-pelawat.





Perbincangan guru-guru di mana-mana jua, bila-bila.


Bersemangat, bersungguh-sungguh.




Ust. Arif dan Cikgu Goh memberi taklimat pra-khemah.



Feng shui yang ada 'ong', kedudukan tapak perkhemahan yang strategik telah pun dipilih dan telah ditetapkan khas untuk peserta sekolah kita.


Tapak perkhemahan kita berdekatan dengan dengan dewan besar
dan tapak perhimpunan.


Sesiapa yang ingin melawat tapak perkhemahan, boleh menggunakan dewan ini sebagai tanda 'landmark', tapak perkhemahan yang 50 langkah sahaja daripada dewan ini.
Di belakang Dewan kecil Haji Othman.





Kalau datang awal, bolehlah anda letak kereta di bawah pokok yang redup.



Hah ! inilah dia dewan Haji Othman, tapak perkhemahan kita , betul-betul di belakangnya.





Dua buah meja panjang telah pun dicari dan diletakkan di sini.


Hah..ada power point ! Boleh bawa kipas elektrik, kalau anda ada.
Tapi, jangan bawa mesin basuh dan peti sejuk.


Dekat dengan sumber air pulak, bestnya.
Tandas juga agak berjauhan, a stone throw away.  Gerenti tak ada bau !



DAY1

Bertolak




















DAY 2
















2 comments:

  1. Tindakan yg pantas. Pengakap pasti hebat.
    Pastikan lencana yg dinilai diperolehi oleh semua ahli.
    Jom kita berkhemah ramai2

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana memberikan kata-kata semangat dan perangsang

    ReplyDelete